Lompat Tinggi
Lompat Tinggi

PENGETIAN
Lompat Tinggi adalah salah satu
daripada acara olahraga yang diminati dan senantiasa mendapat perhatian ramai.
Lompat Tinggi mula diperkenalkan dalam tahun 1887 dan dalam tahun 1896. Acara
Lompat Tinggi telah diperkenalkan di dalam sukan Olimpik. Acara ini menjadi
perhatian ramai karena berbagai gaya lompatan yang digunakan oleh para atlet.
PENGERTIAN
Lompat tinggi merupakan olahraga
yang menguji keterampilan melompat dengan melewat tiang mistar. Lompat tinggi
adalah salah satu cabang dari atletik. Tujuan olahraga ini untuk memperoleh
lompatan setinggi-tingginya saat melewati mistar tersebut dengan ketinggian
tertentu.Tinggi tiang mistar yang harus dilewati atlet minimal 2,5 meter,
sedangkan panjang mistar minimal 3,15 meter. Lompat tinggi dilakukan di arena
lapangan atletik. Lompat tinggi dilakukan tanpa bantun alat.
Dalam
pertandingan, mistar akan dinaikkan setelah peserta berhasil melewati
ketinggian mistar. Peserta mestilah melonjak dengan sebelah kaki. Peserta boleh
mulai melompat dimana ketinggian permulaan yang disukainya. Sesuatu lompatan
akan dikira batal jika peserta menyentuh palang dan tidak melompat. Menjatuhkan
palang semasa membuat lompatan atau menyentuh kawasan mendarat apabila tidak
berjaya melompat. Peserta yang gagal melompat melintasi palang sebanyak tiga
kali bertutrut-turut (tanpa diambil kira di atas mana kegagalan itu berlaku)
akan keluar dari pertandingan. Seseorang peserta berhak meneruskan lompatan
(walaupun semua peserta lain gagal) sehingga dia tidak dapat menuruskannya lagi
mengikuti peraturan. Ketinggian lompatan di ukur secara menegak dari aras tanah
hingga bagian tengah disebelah atas padang. Setiap peserta akan diberi peluang
sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan. Jika peserta tidak berhasil
melewati mistar sebanyak tiga kali berturut-turut, dia dinyatakan gagal. Untuk
menentukan kemenangan, para peserta harus berusaha melompat setinggi mungkin
yang dapat dilakukan. Pemenang ditentukan dengan lompatan tertinggi yang
dilewati.
SEJARAH LOMPAT
TINGGI
Dimulakan seawal
Olimpik pada zaman Greece, rekod pertama acara Lompat Tinggi ketika di Scotland
pada abad ke-19, dengan pencapaian atas 1.68 meter oleh peserta pada masa itu.
Pelompat pada masa dahulu menggunakan gaya Gunting. Gaya ini sudah tidak
dikenali oleh dunia lain sungguh pun masih ada peserta-peserta tanah air yang
menggunakan gaya ini. Gaya ini dilakukan dengan lunjakan kaki yang jauh dari
palang. Kaki bersilang diatas palang dan badan menyeberang palang dalam lakuan
“duduk berlunjur”. Gaya ini tidak digalakkan sekali-kali.
Sekitar abad
ke-20, teknik ini telah dimodernkan oleh warga Irish-American M.F. Sweeney’s
Eastern cut-off seperti gaya Gunting, tetapi bagian belakang mendatar semasa
melompat melepasi palang. Sweeney telah berjaya menciptakan teknik yang
bekersan dan menciptakan rekod 6’ 5 5/8’’ (1.97m) pada 1895. Gaya Timur ini
tidak ada kena mengena dengan orang Timur atau Asia. Sebenarnya, inilah gaya
yang mula-mula diguna oleh Sweeny dan selepasnya maka habislah orang-orang
Pantai Timur Amerika menggunakannya. Ini sebenarnya yang membolehkan gaya
lompatan ini mendapat namanya hingga kini.
Seorang lagi warga
Amerika, M.F. Horine, memajukan dan mencipta teknik yang lebih efisyen iaitu
Gaya Guling Barat. Ia berjaya melompat setinggi 6 kaki 7 inci dalam tahun 1912
dan gayanya pula ditiru oleh semua peserta-peserta Amerika Barat. Dengan ini
terdapatlah namanya Guling Barat itu. Gaya ini adalah lebih baik dan berkesan
dari gaya timur atau gaya gunting. Gaya ini boleh digalakkan supaya peserta-peserta
tanah air memahirinya.
Pelompat Amerika
dan Rusia telah menggunakan satu gaya yang menjadi ikutan pelompat-pelompat
yang lain. Ini merupakan satu gaya lompat tinggi yang cukup popular dan dari
segi mekanik pergerakan gaya ini sungguh beruntung dan berkesan dari gaya-gaya
lompatan yang lain. Dalam pertandingan Olimpik di Rome dalam tahun 1960, 17
orang peserta memasuki pertandingan akhir dan dari 17 orang peserta itu 14
orang menggunakan gaya kelana. Hal ini membuktikan kepopularan gaya ini.
Diantara semua
gaya-gaya lompat tinggi yang telah digunakan oleh peserta-peserta maka gaya guling
barat dan gaya kelana sajalah yang agak saintifik dan lebih berkesan bagi
seseorang peserta.
CIRI-CIRI UMUM
ACARA LOMPATAN
Adakah kejurulatihan
satu seni atau sains?
Kejayaan suatu
kejurulatihan adalah gabungan daripada aspek seni dan sains. Tiada atlit yang tidak berpengetahuan tentang faktor
sainstifik mengenai pergerakan manusia, yang sekarang dikenali sebagai satu
bidang biomekanik. Kita dapat lihat banyak kes mengenai manusia genius dengan
pemberian tuhan adalah lebih baik daripada orang yang mengambil bagian.
Menurut Dick Fosbury, pengasas gaya
Fosbury dalam lompat tinggi, latihannya berpusatkan kekuatan latihan yang
digunakan, menjadi kawan baik dengan jurulatih dan menanamkan semangat untuk
memecahkan rekod dunia dan akhirnya dia mendapat pingat emas dalam Olimpik.
Setiap lompatan mengandungi fase
penujuan larian, penukaran kelajuan secara mendatar kepada kelajuan menegak dan
pendaratan. Perkara ini mempunyai banyak kesinambungan daripada satu acara ke
acara yang lain. Jika sesuatu konsep mekanikal dipahami, ia akan mudah
digunakan untuk acara yang lain.
FAKTOR MEKANIKAL
1. Kelajuan
Lonjakan
a. Kelajuan
ialah lompatan menggunakan kaki secara drastik kepada setiap lompatan.
b. Atlit yang
bersedia untuk membuat lompatan dipengaruhi oleh dua daya yang berbeza apabila
melakukan pergerakan daripada berlari sehingga melonjak.
c. Salah satu dari daya ini ialah komponen mendatar dan
kompenan menegak.
d. Daya komponen ini mengawal kelajuan pelepasan dan terus
kepada kedudukan pinggang selepas lonjakan.
e. Objektif umum lompatan yang baik ialah memperlahankan
kelajuan mendatar dengan kadar yang paling perlahan.
f. Masalah ketika menghasilkan daya menegak ialah kedudukan
pinggang perlu berada dibawah persediaan melompat.
g. Dalam lompat tinggi, kelajuan semasa berlari sangat
penting, tetapi sekiranya lonjakan terlalu cepat, kaki lonjakan tidak terkawal.
Hal ini adalah mustahil untuk melakukan lojakan yang sempurna.
h. Kelajuan dalam lonjakan yang terbaik adalah dengan
menggunakan Progress Pecutan secara beransur-ansur.
i. Masa yang biasa untuk memperlahankan penujuan apabila
atlit mula membuat penukaran daripada mendatar kepada menegak.
j. Kebanyakan masalah disebabkan satu atau semua daripada
faktor berikut:
- Kelajuan
kaki yang berkurang ketika langkah kedua yang terakhir sebelum melonjak.
- Berhenti
dengan kaki lonjakan.
- Membiarkan
kedudukan pinggag terlalu rendah supaya dapat berlari dengan lebih laju.
k. Pinggang mestilah direndahkan sedikit dengan
membengkokkan bahagian buku lali, lutut dan pinggang.
l. Perubahan dari mendatar kepada menegak adalah secara
melembutkan pinggang dan tidak mengurangkan kelajuan mendatar.
2.
KETINGGIAN PINGGANG SEMASA MELONJAK
Setiap atlit
mempunyai ketinggian semulajadi yang tertentu dan faktor ini tidak boleh
dikawal. Walau bagaimanapun, terdapat tiga teknik berbeza yang membantu
meningkatkan pusat tubuh kepada ketinggian yang maksimum.
1. Tenik pertama
ialah kebolehan berlari secara tinggi dan tegak yang diperlukan. Semasa fasa
larian penujuan, sehingga sampai ke fasa lonjakan, kaki hendaklah memijak terus
di bawah pinggang. Setiap kecenderungan untuk melangkah terlebih luas akan
menyebabkan kedudukan pinggang berada di bawah.
2. Teknik kedua pula ialah lompatan yang efektif
mempunyai kebolehan untuk memendekkan langkah terakhir sebelum melakukan
lonjakan. Kependekan langkah akan menybabkan pinggang naik atau berada diatas.
3. Faktor ketiga
ialah kelajuan semasa lonjakan. Faktor ini memberi kesan yang penting pada
ketinggian pinggang sepanjang lonjakan. Kelajuan lonjakan yang tinggi dan
kedudukan pinggang yang tinggi akan membuat lengkungan layangan lompatan
tersebut.
SUDUT LONJAKAN
Sudut melalui
pusat badan iaitu pinggang pelompat dipanggil sudut lonjakan. Layangan atau
parabola ditentukan oleh dan semasa atlit mengangkat kakinya untuk lompatan.
Ketika atlit berada di udara, laluan tidak boleh ditukar. Pelompat itu memulakan lompatan dan mendarat pada sudut yang sama.
Sudut lonjakan
hasil daripada kelajuan larian. Semakin cepat fasa penujuan itu dan tanpa
gangguan pergerakan, semakin mendatar sudut lonjakan itu. Sudut lonjakan yang
rendah sangat penting dalam lompat jauh. Penyelesaian yang jelas menghasilkan
kelajuan yang tinggi ketika di laluan larian dan dalam melakukan lonjakan.
Lompat tinggi ialah pengecualian dalam prinsip kelajuan kerana atlit lompat
tinggi mencuba untuk mencipta kompenen menegak atau lompatan yang tinggi dengan
menggunakan kaki. Tetapi dalam lompat tinggi, kelajuan sangat penting dan sudut
lonjakan lebih mendatar daripada yang kita fikirkan. Lompatan terbaik di dunia
ialah dalam lingkungan 52° sudut lonjakan.
KESEIMBANGAN DAN PERTUKARAN
Aspek mekanikal
yang terakhir dalam lompatan ialah mesti dilakukan dengan seimbang dan
pertukaran yang berlaku semasa fasa layangan untuk setiap lompatan. Objektif
atlit adalah untuk bergerak atau menyesuaikan kedudukan bahagian-bahagian tubuh
semasa layangan untuk mengambil peluang terhadap parabola yang telah
disediakan.
Seperti yang telah
dinyatakan, parabola layangan tidak akan berubah ketika atlit di udara.
Walaupun pergerakan satu bahagian badan diangkat atau satu lagi diturunkan.
Dalam hukum Newton ketiga menyatakan untuk setiap pergerakan akan mengakibatkan
yang sama dan berlawanan. Kelajuan pertukaran meningkat dan mengurang apabila
berlaku perubahan jarak. Memanjangkan dan memendekkan lengan, kaki mempengaruhi
kelajuan atau pertukaran di sekeliling paksi. Pertukaran yang spesifik ialah
varasi kepada setiap acara, tetapi jurulatih yang bijak dapat memahami kesan
terhadap badan ketika di udara.
SARANA DAN PRASARANA
1.
Untuk Awalan
a)
Daerah awalan panjangnya tidak terbatas minimum 15 m
b)
Daerah tumpuan harus datar dan tingkat kemiringanya 1 : 100
2. Tiang
Lompat
Tiang
lompat harus kuat dan kukuh,dapat terbuat dari apa saja asal kuat dan
kukuh.jarak kedua tiang tersebut adalah 3,98 – 4,02 m.
3. Bilah
Lompat
Terbuat
dari kayu, metal atau bahan lain yang sesuai dengan :
a) Panjang
mistar lompat 3,98 – 4,02 m dan berat maksimal mistar adalah 2,00 kg
b) Garis
tengah mistar antara 2,50 – 3,00 m, dengan penampang mistar terbentuk bulat dan
permukaannya harus datar dengan ukuran 3cm x 15 cm x 20 cm
c) Lebar
penopang bilah 4 cm dan panjang 6 cm
4. Tempat
Pendaratan
Tempat
pendaratan tidak boleh kurang dari 3 x 5 m yang terbuat dari busa dengan
ketinggian 60 cm dan di atasnya ditutupi oleh matras yang tebalnya 10 – 20 cm.
Dalam lompat Tinggi ada beberapa gaya yang
dilakukan, sebagai berikut:
1. Gaya Gunting (Scissors)
Gaya gunting bisa dikatakan Gaya Sweney,
sebab pada waktu sebelumnya (yang lalu) masih digunakan gaya jongkok. Tepatnya
tahun 1880, selanjutnya tahun 1896 sweny mengubahnya dari gaya jongkok menjadi
gaya gunting. Diganti karena kurang ekonomis.Cara melakukan:Si pelompat
mengambil awalan dari tengah. Bila pelompat pada saat akan melompat, tumpuan
pakai kaki kiri (bila ayunan kaki kanan), maka ia mendarat (jatuh)
dengan kaki lagi. Waktu di udara badan berputar ke kanan, mendarat dengan kaki
kiri, badan menghadap kembali ke tempat awalan tadi.
2. Gaya Guling sisi (Western Roll)
Pada gaya ini sama
dengan gaya gunting, yaitu tumpuan kaki kiri jatuh kaki kiri lagi dan bila kaki
kanan jatuhnyapun kaki kanan hanya beda awalan, tidak dari tengah tapi dari
samping.
3.
Gaya
Guling (Straddle)
Pelompat mengambil
awalan dari samping antara 3, 5, 7, 9 langkah Tergantung ketinggian yang
penting saat mengambil awalan langkahnya ganjil. Menumpu pada kaki kiri atau kanan, maka
ayunan kaki kiri/ kanan kedepan. Setelah kaki ayun itu melewati mistar cepat
badan dibalikkan, hingga sikap badan diatas mistar telungkap. Pantat usahakan
lebih tinggi dari kepala, jadi kepala nunduk. Pada waktu mendarat atau jatuh yang pertama kali kena
adalah kaki kanan dan tangan kanan bila tumpuan menggunakan kaki kiri, lalu
bergulingnya yaitu menyusur punggung tangan dan berakhir pada bahu.
4. Gaya Fosbury Flop Cara melakukanya:
· Awalan, harus
dilakukan dengan cepat dan menikung/ agak melingkar, dengan langkah untuk
awalan tersebut kira – kira 7-9 langkah.
· Tolakan,
Untuk tolakan kaki hampir sama dengan lompat tinggi yang lainya.Yakni, harus
kuat dengan bantuan ayunan kedua tangan untuk membantu mengangkat seluruh
badan. Bila kaki tolakan menggunakan kaki kanan, maka tolakan harus dilakukan
disebelah kiri mistar. Pada waktu menolak kaki bersamaan dengan kedua tangan
keatas disamping kepala, maka badan melompat keatas membuat putaran 180 derajat
dan dilakukan bersama-sama.
· Sikap badan diatas mistar, sikap badan diatas mistar terlentang dengan kedua kaki
tergantung lemas, dan dagu agak ditarik ke dekat dada dan punggung berada
diatas mistar dengan busur melintang.
· Cara mendarat, mendarat pada karet busa dengan ukuran (5 x 5 meter dengan
tinggi 60 cm lebih) dan diatasnya ditutup dengan matras sekitar 10 – 20 cm, dan
prtama kali yang mendarat punggung dan bagian belakang kepala.
Yang
diutamakan dalam melakuakan Lompatan ialah, lari awalan dengan
kecepatan yang terkontol. Hindari kecondongan tubuh kebelakang terlalu banyak.
Capailah gerakan yang cepat pada saat bertolak dan mendekati mistar. Doronglah
bahu dan lengan keatas pada saat take off. Lengkungan punggung di
atas mistar. Usahakan mengangkat yang sempurna dengan putaran kedalam dari
lutut kaki ayun (bebas). Angkat kemudian luruskan kaki segera sesudah
membuat lengkungan.
Komentar
Posting Komentar